Saturday, December 22, 2012

Letter to my future Husband ^^

Assalamualaikum bakal suamiku yg belum ketemui dan berada jauh dari pandanganku. Surat ini khas buatmu sayang :)

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi, ada beberapa perkara yang aku harus perjelaskan kepadamu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tidak pernah memandang diriku sebagai pilihan terbaik untuk dirimu. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang bakal kukenali lebih dekat apabila hidup sebumbung dan kau menjadi yang halal untukku nanti, Aku akan cuba menjadi isteri yang taat dan solehah, di bawah bimbinganmu.  

Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dalam kalangan lelaki dan tiada seorang pun yang sempurna di muka bumi ini selain Allah . Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang menjadi pilihanku. Aku tidak mengangkat engkau sebagai yang terbaik semasa aku memilihmu. Sebaliknya, aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik dan diredhai Allah. Aku berdoa agar dirimu sentiasa diberi kekuatan hati , kesabaran yang tinggi untuk membimbing aku serta mengharapkan dirimu akan berubah ke arah yang lebih baik . Aku yakin ALLAH mendengar doaku.
Bakal suamiku yang dikasihi,

Kamu perlu tahu aku anak bongsu di dalam keluargaku dan sangat manja jika dibandingkan dgn kakak dan abangku sebelum aku berjumpa dengan kamu, dan aku harap keadaan itu tidak akan berubah setelah aku jadi teman hidupmu. Aku sangat rapat dengan keluargaku. Ibu bapaku adalah sahabat terbaikku. Adik beradikku adalah teman sepermainan, dan teman tidurku semasa kecil. Maka aku berharap akan kekal rapat dengan keluargaku sehingga aku mati. Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka, sebagaimana aku sentiasa akan memberi ruang untuk kamu dekat dengan keluargamu. Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku, sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa ahli keluargaku.

Sebagai wanita moden, aku tidak mengharapkan huluran wang berlebih lebihan daripadamu cukuplah nafkah sekadar cukup, tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi riak dan takbur.Aku juga berharap kamu menjaga hubungan dengan ibubapamu kerana restu ibubapa amat perlu untuk kita menjalani hidup di muka bumi ini. Begitu juga hubunganmu dengan ibubapaku .Janganlah kerana aku sah menjadi isterimu , kamu mengetepikan mereka .Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna dan berjaya seperti sekarang .

Akhir sekali, aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan aku amat menghargai kesabaranmu setiap kali kita bertelagah, dan masih juga kamu mahu mengambil aku sebagai isteri. Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Janganlah kamu tinggikan suaramu , memanggil aku dengan nama bukan-bukan mahupun mengasariku .Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku dan terimalah aku seadanya.

Yang menunggumu ,
Nur Athifah (bakal makmummu)
dah baca? kalau suka like yea :)

Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 ~ HAPPY BIRTHDAY TO ME ^^

Assalamualaikum 

hai semua bucuk masam :P
korang tgk tarikh ari nie 
20.12.2012 ..
cantik kan ? cantik kan ?

u know what ?
TODAY IS MY BIRTHDAY .
wweee ~ happy birthday to me 
hahaha 

firstly ,thank to my mom n dad .
for gitar ( wlpn beli bln 10 )
kek , bwk jln2 n also bank in RM500 :)

second to my brother ,
for beg live's .
also love it so much much n much :)

last but not least , 
thank to all yg ucap birth at tifah k .
love korang sngt2 :* muaahh



p/s : alhamdulillah , rezeki Allah x ternilai . :)
dah baca? kalau suka like yea :)

Sunday, December 2, 2012

Hargailah Wanita wahai Kaum Adam !


Assalamualaikum
Entry kali nie tifah tujukan khas kpd  kaum adam
Nape ? sbb supaya kaum adam MENGHARGAI KAUM WANITA !

Dalam seminggu nie 3 org yg tifah syg menitis air mata kerana LELAKI ..
y ? u all have the answer right ? J
so ,kuam adam please don’t make women’s tears bcoz of u !

Allah jadikan wanita sangat ISTIMEWA J
mengapa wanita begitu mudah menangis?"

"Ketika Tuhan menciptakan seorang wanita, ia dicipta untuk menjadi seorang yang istimewa. Tuhan menjadikan bahunya cukup kuat untuk menampung dunia namun  harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian didalamnya.."

"Tuhan memberikan wanita kekuatan dan kesabaran dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima cercaan yang juga seringkali datang dari anak yg dilahirkan"

"Tuhan memberinya hati yang kental dan tabah untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan Tuhan berikan kecekalan pada wanita untuk mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Tuhan juga memberinya rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " 

"Malah Tuhan memberinya kekuatan untuk setia bersama suaminya dalam kesusahan dan melengkapi segala keperluan suaminya biarpun dia seringkala terpaksa memendam rasa "

"Tuhan memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala Tuhan seringkali menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Tuhan memberikan wanita itu air mata untuk dititiskan. Anugerah itu adalah dicipta khusus miliknya untuk digunakan ketika ia memerlukan."


KORANG TAHU X KAUM ADAM !

"kecantikan seorang wanita bukanlah terzahir dari pakaian yang dikenakannya ataupun tubuh badannya yang mampu menggugat hati lelaki.."
"Kecantikan seorang wanita itu sebenarnya ada didalam matanya kerana mata wanita itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
"Dan wanita tak perlukan sebab untuk mereka menangis kerana itulah cara memulihkan kekuatan mereka.."



p/s : kuatlah syg2ku semua ( kak syam , kak zati n kyna ) , 
tifah sentiasa ada untuk kamu ^^
dah baca? kalau suka like yea :)