Saturday, December 22, 2012

Letter to my future Husband ^^

Assalamualaikum bakal suamiku yg belum ketemui dan berada jauh dari pandanganku. Surat ini khas buatmu sayang :)

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi, ada beberapa perkara yang aku harus perjelaskan kepadamu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tidak pernah memandang diriku sebagai pilihan terbaik untuk dirimu. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang bakal kukenali lebih dekat apabila hidup sebumbung dan kau menjadi yang halal untukku nanti, Aku akan cuba menjadi isteri yang taat dan solehah, di bawah bimbinganmu.  

Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dalam kalangan lelaki dan tiada seorang pun yang sempurna di muka bumi ini selain Allah . Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang menjadi pilihanku. Aku tidak mengangkat engkau sebagai yang terbaik semasa aku memilihmu. Sebaliknya, aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik dan diredhai Allah. Aku berdoa agar dirimu sentiasa diberi kekuatan hati , kesabaran yang tinggi untuk membimbing aku serta mengharapkan dirimu akan berubah ke arah yang lebih baik . Aku yakin ALLAH mendengar doaku.
Bakal suamiku yang dikasihi,

Kamu perlu tahu aku anak bongsu di dalam keluargaku dan sangat manja jika dibandingkan dgn kakak dan abangku sebelum aku berjumpa dengan kamu, dan aku harap keadaan itu tidak akan berubah setelah aku jadi teman hidupmu. Aku sangat rapat dengan keluargaku. Ibu bapaku adalah sahabat terbaikku. Adik beradikku adalah teman sepermainan, dan teman tidurku semasa kecil. Maka aku berharap akan kekal rapat dengan keluargaku sehingga aku mati. Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka, sebagaimana aku sentiasa akan memberi ruang untuk kamu dekat dengan keluargamu. Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku, sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa ahli keluargaku.

Sebagai wanita moden, aku tidak mengharapkan huluran wang berlebih lebihan daripadamu cukuplah nafkah sekadar cukup, tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi riak dan takbur.Aku juga berharap kamu menjaga hubungan dengan ibubapamu kerana restu ibubapa amat perlu untuk kita menjalani hidup di muka bumi ini. Begitu juga hubunganmu dengan ibubapaku .Janganlah kerana aku sah menjadi isterimu , kamu mengetepikan mereka .Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna dan berjaya seperti sekarang .

Akhir sekali, aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan aku amat menghargai kesabaranmu setiap kali kita bertelagah, dan masih juga kamu mahu mengambil aku sebagai isteri. Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Janganlah kamu tinggikan suaramu , memanggil aku dengan nama bukan-bukan mahupun mengasariku .Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku dan terimalah aku seadanya.

Yang menunggumu ,
Nur Athifah (bakal makmummu)
dah baca? kalau suka like yea :)

6 doakan Tifah kurus & berjaya:

amirul hakim said...

insyaallah bila masanya nanti datang lah jodoh terbaik tu ;) btw suka dengan rangkap lagu Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi... (till the end) nice!

NAR'Z said...

@amirul hakim insyaallah .amin :) hehhe . tq . support n snggh la blog tifah lgi :D

Chelz Rachel said...

nice!

NAR'Z said...

@Chelz Rachel tq . support me yae in blogger ~

Aku Dan Komputer said...

Assalamualaikum, saya dtg singgah dan follow blog ni :D smile always !!

NAR'Z said...

@Aku Dan Komputer
waalaikumsalam. tq for support me . :) insyaAllah ~